Mengorak Langkah Lebih Jauh

By syuksharkawi

Dari kecik parents aku bagi kebebasan dalam memilih..nak belaja apa, kursus apa, di mana semua tuh dalam tangan aku sendirik. Tapi bila skarang, dah nak masuk setaun aku keja. Nape feel bekeja tuh tak masuk lagi. Adakah aku sedang menipu diri aku sendiri, bekerja di opis semata untuk dapat salary bulanan sahaja?!

Berbalik kepada kerja aku, skang nih aku rasa hanya bekerja bukan untuk bekerjaya. Kalo ikut salary, tak payah aku susah-susah, spend masa duit untuk camera. Upgrade sana sini. Cukup datang keja, cuti, Tup gaji masuk. Tapi mana feel kepuasan nya? Bila tak terasa feel bagaimana susah nak cari duit, memang senang untuk tidak menghargai nilai sen tuh. Orang kata, nak enjoy pasal bekerja, kena ada environment yang seronok dan happy. Sebab tuh aku kurang happy bila sebut pasal KERJA sebenar aku. Tak payah aku nak elaborate kan lebey kat sinih, cukup aku katakan, most of the time rasa bosan tuh mengatasi nilai gaji bila environment keja tuh tak sedap, ada yang berlagak bossy padahal bukan boss. Susah bila keja di campur adukkan dengan personal interest at all times. Sume niat dalam hati nak naik pangkat, naik gaji. Sampai mengabaikan semangat juang berpasukan yang harmoni!

Doakan aku

Bila aku bandingkan dengan part time job aku skang yakni photography. Feel-roh-masyuk sume ade! Bila ada job, aku rasa bersungguh melaksanakan. Dari segi persiapan sebelum, semasa dan selepas selesai job. PUAS tuh susah aku nak nilaikan dengan karya aku, peluh panas mengalir, dahaga tapi aku redah.Tak pernah rasa susah pun..sebab feel PASSION tuh ada..aku rasa feel tuh..mungkin ini petanda suatu hari nanti aku akan mengikuti sunnah Nabi besar kita. Iaitu berniaga. InsyaAllah

9/10 itu pintu kekayaan. 9 kali jualah usaha para peniaga berbanding pekerja sektor lain. Semenjak setahun nih, ramai yang bekerja makan gaji, meninggalkan profesyen mereka demi minat or passion dalam bidang perniagaan nih. Ada lagi sebabnya “….kami tak suka di kerah peluhnya, tidak mendapat layanan sebaiknya, baik kami berniaga, tokey sendiri, jadik kepala majikan sendiri…”

Ubahlah nasib sendiri, takda sesiapa pun akan tolong ubah nasib kalo bukan kita sendiri. Nak tunggu lama-lama, lagi mendatangkan mudarat, jiwa kacau, sarat penat, lelah dikerah. Tapi hati tak happy! So mulai dari skang, rancanglah sesuatu! Semoga hidup kita lebeh baik hari ini daripada semalam, dan esok lebeh baik dari hari ini.

CUKUP! Mungkin bukan sekarang, mungkin aku perlu menunggu. Semoga Allah memimpin jalan hambaNya ini.

Tags: , , , , ,

4 Responses to “Mengorak Langkah Lebih Jauh”

  1. cak Says:

    semua terletak pada hati dan keinginan. mmg puas dapat buat apa yg kita minat, tapi kekadang kita takde pilihan. kalau ada niat dan hasrat utk merubah jln hidup…sudah bagus. smoga akan dapat apa yg diimpikan. cuma..”bila dah berjaya nanti, jgn lupakan sayep pulakkk…” hehe.

  2. Razi Says:

    Mengorak lebih jauh ngan 40D! Idup canun…ceh..
    Aku support dari tepi..(tukang racun)

  3. odowsun Says:

    teruskan apa yg terniat tu…no turning back bro…usaha pasti berjaya. walaupun dirimu tidak kukenal..tetapi usahamu tetap menjadi pojaan hatiku..hehe.

  4. hpp Says:

    bos saye selalu cakap,’passion’penting,kalo ‘passion’semua mende menjadi :P all the best brooo

Leave a Reply